shaklee

shaklee

09 June 2013

Stress..

Adakah anda stress??.. tahu bagaimana untuk mengelak stres??..




APA ITU STRES?

Seseorang boleh mengalami stres berkaitan apa saja perkara yang dirasakan boleh mengancam atau memudaratkannya. Satu kejadian (atau perkara) boleh mencetuskan stres. Begitu juga dengan perkara-perkara kecil yang berlaku sepanjang hari. Acute stress disebabkan sesuatu kejadian (atau ketakutan) akan membuatkan jantung berdenyut lebih laju dan tekanan darah meningkatkan. Pernafasan lebih cepat, telapak tangan berpeluh dan kulit menjadi seram sejuk.

Chronic stres ialah apabila anda sentiasa stres, ia boleh menyebabkan kemurungan dan perubahan pada pola tidur. Ia juga menurunkan ketahanan badan untuk melawan jangkitan sebarang penyakit. Stres menyebabkan organ-organ badan bekerja lebih kuat berbanding normal dan meningkatkan penghasilan beberapa bahan kimia penting di dalam badan, termasuklah hormon.


TIP UNTUK MENGELAK STRES
  • Ambil makanan seimbang agar tubuh berada pada tahap yang baik seterusnya mengurangkan stres
  • Tidur yang cukup. Kurang waktu tidur boleh meningkatkan tahap stres kerana tubuh tidak berada pada tahap terbaik.Tidur yang mencukupi adalah di antara enam hingga lapan jam bagi seorang dewasa.
  • Makanan seperti coklat menghasilkan endorphin yang boleh mengurangkan stres. Namun begitu, berhati-hati dengan pengambilannya kerana ia boleh menyebabkan kegemukan dan seterusnya membawa kepada masalah yang lain pula.
  • Elak mengambil kafein atau bahan stimulasi seumpamanya secara berlebihan.
  • Bersenam secara teratur untuk mengurangkan tekanan emosi dan fizikal.



No comments:

Post a Comment