shaklee

shaklee

26 June 2013




 Meal Shakes adalah:
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Sarapan segera yang mampu dibeli
  • Hidangan segera untuk para atlet
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 
Merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

Meal Shakes Shaklee membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga sumber yang kaya dengan KALSIUM, FIBRE dan PROTEIN.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua   
 Jika anda berminat, boleh emailkan kepada saya di trulychipszone@gmail.com atau SMS ke 019-2082821

    25 June 2013

    Set Penjagaan Kulit

    Untuk penjagaan kulit muka atau yang mempunyai masalah kulit berjerawat, jeragat atau berparut anda boleh mencuba vitamin semulajadi dari Shaklee...


    Vitamin C

    Kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

     Vitamin E

    Memang diketahui umum vitamin E adalah vitamin untuk kecantikan kulit, ia menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit. Vitamin E bersifat anti-oksidan dan larut lemak.

    B-Complex
      
    B-Complex membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.



    Jika anda berminat, boleh emailkan kepada saya di trulychipszone@gmail.com atau SMS ke 019-2082821


    Tips Elak Buncit

    Disini saya sertakan tips2 untuk elakkan perut menjadi buncit:-

    • Minum air masak kerana ia bebas kalori dan dapat menjaga keseimbangan metabolisme tubuh anda.
    • Lakukan aktiviti senaman yang melibatkan abdomen seperti sit up.
    • Aktiviti berkebun dapat membakar sehingga 350 kalori dalam tempoh satu jam.
    • Gerakan pinggul seperti bermain hula hoop dapat membakar kalori yang sama seperti anda berkebun.
    • Pengambilan buah-buahan dan sayur memberi khasiat serat dan ia tidak akan berubah menjadi lemak di dalam tubuh anda.

    dipetik dari Majalah Rapi edisi 15Jun2013

    12 June 2013

    Energizing Soy Protein (ESP)





    ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan makanan tambahan protein berasaskan kacang soya.

    KENAPA PROTEIN PENTING BAGI TUBUH BADAN KITA??
    Kerana protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ dan boleh membawa kepada kematian.

    APA YANG BEST TENTANG ESP SHAKLEE
    1. Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 asid amino  penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
    2. Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan rendah kolestrol.
    3. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.
    4. Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormone dengan sempurna.
    5. Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
    6. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1gram dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
    7. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
    8. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

    KELEBIHAN ESP
    • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
    • Dapat membantu hilangkan parut jerawat
    • Memberi tenaga berpanjangan serta menjadikan badan semakin sihat dan kurang keletihan
    • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
    • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan
    • Menyokong kesihatan imunisasi badan
    • Mengawal paras kolestrol
    • Menyokong kesihatan jantung dan prostat
    • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik
    Jika anda berminat, boleh emailkan kepada saya di trulychipszone@gmail.com atau SMS ke 019-2082821

    10 June 2013

    SELESEMA

    Tahukah anda, secara realitinya, berpegangan tangan dengan penghidap selesema adalah lebih teruk daripada anda berada berhampiran dengannya?.. 

    Virus selesema berkembang di dalam hidung tetapi merebak ke tangan saat dia mengesat hingusnya dengan tisu atau sapu tangan. Ketika inilah virus tersebar andai anda memegang tangannya. Biasakan diri untuk mencuci tangan secara kerap jika anda menjaga orang yang demam.

    09 June 2013

    Khasiat Produk Shaklee



    VITA LEA IRON FORMULA  / MULTIVITAMIN

    Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi.  Kebiasaanya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu, multivitamin atau nama lain vitalea telah dilengkapi dengna iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi. Ada setengah doctor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disrankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

    B-COMPLEX

    Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa (mood baik). Bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancer. Pengambilan pil perancang memerlukan B-Complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

    VITAMIN C

    Sangat penting untuk menjaga salur darah sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibody ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibody di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. Sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan Vitamin C ke 2 biji sehari dan bagi ibu-ibu yang menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insyaAllah akan mudah sembuh. Kesan pengambilan Vitamin C ini akan membuatkan kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah dan cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


    ALFALFA – Raja Segala Tumbuhan


    Merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pada bayi.. susah nak kembung,

    Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti Alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun Alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.

    Untuk pesakit SLE tidak sesuai untuk makan Alfalfa..

    Stress..

    Adakah anda stress??.. tahu bagaimana untuk mengelak stres??..




    APA ITU STRES?

    Seseorang boleh mengalami stres berkaitan apa saja perkara yang dirasakan boleh mengancam atau memudaratkannya. Satu kejadian (atau perkara) boleh mencetuskan stres. Begitu juga dengan perkara-perkara kecil yang berlaku sepanjang hari. Acute stress disebabkan sesuatu kejadian (atau ketakutan) akan membuatkan jantung berdenyut lebih laju dan tekanan darah meningkatkan. Pernafasan lebih cepat, telapak tangan berpeluh dan kulit menjadi seram sejuk.

    Chronic stres ialah apabila anda sentiasa stres, ia boleh menyebabkan kemurungan dan perubahan pada pola tidur. Ia juga menurunkan ketahanan badan untuk melawan jangkitan sebarang penyakit. Stres menyebabkan organ-organ badan bekerja lebih kuat berbanding normal dan meningkatkan penghasilan beberapa bahan kimia penting di dalam badan, termasuklah hormon.


    TIP UNTUK MENGELAK STRES
    • Ambil makanan seimbang agar tubuh berada pada tahap yang baik seterusnya mengurangkan stres
    • Tidur yang cukup. Kurang waktu tidur boleh meningkatkan tahap stres kerana tubuh tidak berada pada tahap terbaik.Tidur yang mencukupi adalah di antara enam hingga lapan jam bagi seorang dewasa.
    • Makanan seperti coklat menghasilkan endorphin yang boleh mengurangkan stres. Namun begitu, berhati-hati dengan pengambilannya kerana ia boleh menyebabkan kegemukan dan seterusnya membawa kepada masalah yang lain pula.
    • Elak mengambil kafein atau bahan stimulasi seumpamanya secara berlebihan.
    • Bersenam secara teratur untuk mengurangkan tekanan emosi dan fizikal.