KEPENTINGAN
VITAMIN B KOMPLEKS
Kita
memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang
kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.
Vitamin
B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air.
Komponen B kompleks terdiri daripada:
·
B1
(thiamin)
·
B2
(riboflavin)
·
B3
(niacin)
·
B5
·
B6
(pyridoxine)
·
B12
(cobalamine)
·
Acid
folic
·
Asid
panthothenic
·
Biotin
Setiap
komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu
dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu
dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.
Kekurangan
vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak
yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga
boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain
itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti
depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan
vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak
nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.
KELEBIHAN
VITAMIN B KOMPLEKS
- Menghasilkan
tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
- Mengelakkan
penyakit beri-beri.
- Merangsang
pertumbuhan pada kanak-kanak.
- Diperlukan
untuk kesihatan mata, kulit, kuku, dan rambut.
- Penting
untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
- Menguatkan
antibodi tubuh.
- Amat
penting untuk aktiviti sel genetik.
- Diperlukan
dalam pembentukan protein asid amino.
- Diperlukan
untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
KELEBIHAN
VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
- Meningkatkan
kemampuan berfikir.
- Memberikan
tambahan tenaga.
KELEBIHAN
VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
- Melambatkan
proses uban di rambut.
- Membantu
meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN
VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
-
Amat
diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetic.
- Mencegah
anemia (tekanan darah rendah).